Thursday 17 November 2016

THROWBACK KHAS


Pada 2 Oktober 2016 lalu, kami diberikan kepercayaan menguruskan serta mengendalikan majlis perkahwinan di Pusat Komuniti, Taman Ibu Kota, Kuala Lumpur. Majlis perkahwinan ini sangat meriah dengan kehadiran hampir 1000 orang jemputan dari sanak saudara serta rakan taulan. Pengantinnya, Muhammad Faiz Bin Fauzi dan Nur Adiha Binti Abu Bakar. Majlis ini merupakan majlis menyambut tetamu.

Muhammad Faiz dan Nur Adiha mengenakan pakaian pengantin ala barat. Sang lelaki mengenakan sut berwarna putih manakala sang wanita mengenakan dress berwarna gold.

Sang Pengantin Sempat Ber"selfie" di atas Pelamin

Untuk majlis ini, pasangan pengantin ini mengambil pakej bersama kami termasuk pelamin dan katering. Alhamdulilah, hasil pertanyaan kami tentang perkhidmatan kami kepada kedua-dua ibu bapa Pengantin lelaki, mereka mengatakan berpuas hati dengan perkhidmatan kami. Bagi kami, kepuasan pengantin dan keluarga pengantin ialah keutamaan kami. 

YB Hasbullah Ridzwan, ADUN Gombak Setia turut
hadir meraikan kedua mempelai ini.

Dipertemukan atas dasar rakan sepejabat, Muhammad Faiz dan Adiha berjaya disatukan dalam satu majlis Akad Nikah pada 17 September 2016 di Temerloh, Pahang. Kemeriahan majlis ini juga tidak hanya dengan makanan lazat tetapi juga persembahan nasyid dari Feel One yang diketuai oleh Saudara Safa.  Manakala Pengerusi Majlis pula ialah Saudara Asyraf. 

Cantik bukan Photobooth di atas?

Kami juga ada kongsikan beberapa keping gambar kemeriahan majlis perkahwinan ini.








Kami doakan semoga kedua mempelai ini bahagia sehingga ke Jannah. Terima kasih kerana memilih kami untuk merancang majlis perkahwinan anda.

No comments:

Post a Comment